Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Saturday, December 15, 2012

Benarkah Nabi SAW & Abu Bakar Menyuap Yahudi Tua Tanpa Memberitahu Identiti Mereka?


Sering kali kita mendengar di corong radio, TV, penceramah di surau & masjid mahupun di atas pentas forum. Kisah ini tidak lain tidak bukan adalah berkenaan Nabi Muhammad SAW menyuap seorang Yahudi tua di pasar setiap hari & Abu Bakar menyambung tugas ini selepas kewafatan Baginda SAW. Riwayat yang selalu didengar dan juga dibaca di blog adalah seperti berikut;



Diriwayatkan Rasulullah SAW hampir setiap hari memberi dan menyuapkan makanan kepada seorang pengemis buta beragama Yahudi yang mengemis disebuah pasar. Ketika menyuap makanan kepada pengemis tua ini. Yahudi tua ini tidak pernah putus putus mencerca akan Rasulullah SAW dan menghina agama Islam. Namun Nabi tidak pernah memarahinya malah Nabi dengan sabar terus menyuap makanan kepada Yahudi tua yang buta ini. Hampir beberapa lama peristiwa ini berlaku sebegitu. Yang akhirnya apabila Rasulullah telah wafat, kerja mulia ini telah diambilalih oleh Abu Bakar. Itupun setelah mendapat arahan dan nasihat dari Fatimah sebagai menyambung kerjamulia Rasulullah SAW.

Setelah disuapi, Pengemis buta Yahudi ini telah membentak kepada Abu Bakar dan mengatakan bahawa engkau ini bukanlah orang yang sering menyuapkan makanan kepadaku setiap hari. Abu Bakar berkata bahawa akulah yang menyuapkan kamu pada setiap hari. "Tidak" kata pengemis tua itu dan manyambung dengan berkata "orang yang sering menyuapkanku itu memang ada kelainan daripada kamu. Ia menyuapkan aku dengan lembut dan ikhlas sekali, Makanan yang keras dilembutinya terlebih dahulu sehingga ianya menjadi lembik dan mudah aku menelannnya. dan cara suapannya amat selesa dan disenangi sekali. "Engkau bukan orangnya" marah pengemis buta kepada Abu Bakar. Akhirnya mengakulah Abu Bakar bahawa selama ini yang menyuapkan makanan itu adalah orang lain. Pengemis bertanya " Dimanakah orang mulia itu " Jawab Abu Bakar, beliau telah wafat. Bertanya lagi pengemis buta ini. Siapakah yang sebenarnya orang yang telah menyuapkan aku selama hari ini. Kata Abu Bakar : Yang menyuapkan makanan pada setiap hari kemulutmu itu adalah Nabi Muhammad SAW. Pengemis tua ini menangis teresak resak dan amat menyesal atas perbuatannya kerana telah menghina dan mencaci Nabi, sedangkan orang yang dihina itulah yang telah menyuapkan makanan kepadanya pada setiap hari. Asabab ini, ia telah memeluk agama Islam atas kagumnya terhadap akhlak mulia Nabi Muhammad SAW, yang sanggup menyuapkan makanan kepada orang yang menghinanya pada setiap hari.



Kemusykilan

1) Saya telah membaca di banyak laman web dan blog namun semua penulis tidak meletakkan rujukan kitab mana datangnya kisah ini? Adakah ianya terdapat di dalam kitab Hadis Bukhari & Muslim mahupun kita hadis yang lain ataupun kitab sejarah yang lain?

2) Adakah mungkin Nabi SAW merahsiakan tentang dirinya dan risalahnya dari si Yahudi buta sedangkan sifat yang WAJIB ada pada setiap nabi & Rasul adalah Siddiq, Amanah, Tabligh & Fathonah? Bukankah tugas Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyampaikan kalimah tauhid kepada umat manusia?
 

3) Adakah Yahudi tua ini lebih zalim dan teruk dari Abu Lahab sedangkan Abu Lahab yang menentang Nabi Muhammad SAW ketika permulaan Islam di Mekah juga diseru untuk memeluk Islam jadi kenapa pula Nabi SAW menyembunyikan siapa dirinya dan risalah Islam dari Yahudi tua tersebut?

4) Jika perbuatan tersebut dilakukan setiap hari oleh Nabi SAW DI PASAR, maka seperti kita ketahui, pasar adalah tempat umum, dan tempat berkumpulnya orang banyak. Apakah mungkin perbuatan Nabi yang dilakukan setiap hari dan ditempat umum dan dikatakan terus dilakukannya sampai akhir hayatnya ini tidak disaksikan oleh banyak shahabatnya? Kalau disaksikan banyak sahabat, maka di manakah hadis yang meriwayatkan kisah ini?
 

5) Abu Bakar as-Siddiq cuba menipu si Yahudi buta. Mana mungkin yang digelar as-Siddiq menipu. Bukankah ini seolah-oleh merendahkan kemuliaan Abu Bakar yang diberi gelaran as-Siddiq?

Cukup saya letakkan 5 persoalan di atas untuk kita fikirkan bersama. Ada sesetengah pengkaji mengatakan ianya palsu manakala mereka yang menulis di dalam blog dan menyebarkan melalui ceramah pula tidak memberikan rujukan kisah ini. Suka saya kongsikan dengan anda beberapa hadis dari Baginda SAW sebagai peringatan untuk diri ini dan anda semua;

Dari Abdullah bin az-Zubair radhiyallahu’anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya dari Neraka.” “Barangsiapa yang berdusta atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.” 

[HR. Bukhari, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 8]


"Dari ‘Ali, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Janganlah kamu berdusta atas (nama)ku, karena se-sungguhnya barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka pasti ia masuk Neraka.’” 

[HSR. Ahmad (I/83), al-Bukhari (no. 106), Muslim (I/9) dan at-Tirmidzi (no. 2660)]

 

"Dari Mughirah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: Se-sungguhnya berdusta atas (nama)ku tidaklah sama seperti berdusta atas nama orang lain. Barangsiapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja, maka hendak-lah ia mengambil tempat duduknya dari Neraka.” 
[HSR. Al-Bukhari (no. 1291) dan Muslim (I/10), diri-wayatkan pula semakna dengan hadits ini oleh Abu Ya’la (I/414 no. 962), cet. Darul Kutub al-‘Ilmiyyah dari Sa’id bin Zaid]

"Cukuplah seorang itu dikatakan pendusta, jika menyampaikan setiap apa yang dia dengar"
[Sahih Muslim] 




Maka saya dengan rendah diri memohon kepada mana-mana pihak yang mempunyai rujukan agar kongsikan dengan saya bagi tatapan para pembaca. Saya secara peribadi mengambil pendekatan bahawa kemungkinan untuk kisah ini adalah palsu lebih tinggi berbanding sahih. Walaupun terdapat pengajaran di dalam kisah ini namun ini bukan caranya orang Islam menyampaikan agama Islam terutamanya dengan menisbahkan kisah ini kepada Nabi Muhammad SAW dan juga seolah-olah kisah ini merendahkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar as-Siddiq... Wallahualam....  

{[:-)= 


2 comments:

  1. assalamualaikum brother firdaus...saya ingin bertnya ade x syarah ulama mengenai sifat hdis ini.adakah hdis nie jatuh ke hdis maudu.dan satu sati mx tlong brother firdaus trangkan mcm mana ulama mengiktiraf hdis itu sbgai hdis sahih dan hdis palsu.mx pencerahan.trima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt, i reached this site through Silver Fern at http://prettymoana.blogspot.com/

    AlhamduLILLAH, I am glad that I took the time for this detour ... :)

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...